Tuesday, 25 November 2014

Silibus keusahawanan Takaful TKF Academy Network

Silibus TKF Academy network adalah satu satunya silibus yang ditulis berdasarkan 20 tahun pengalaman saya di bidang insuran/ takaful. Tujuan utama ialah untuk melatih remaja melayu atau sesiapa sahaja yang berminat atau berazam untuk menjadi seorang usahawan Takaful.


Silibus ini merangkumi ilmu ilimu yang anda perlukan untuk menjadi seorang konsultan dan usahawan takaful.
Segala tunjuk ajar adalah amat praktikal dan mudah untuk dipelajari. Disamping ilmu , pelajar akademi juga diberi tunjukajar bagaimana untuk melakukan aktiviti promosi dan pemsaran serta teknik teknik membuat presentasi yang amat berkesan untuk menolong klien memahami kepentingan program takaful.

TKF Academy network mempunyai falsafah yang tersendiri kerana kami mengajar anda bagaimana menjadi seorang konsultan takaful dan bukan seorang jurujual untuk produl takaful semata-mata. Untuk mencapai matlamat ini, anda akan diajar ternik-teknik penilaian risiko yang dapat menolong orang awam memahami tahap risiko yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan sesebuah keluarga sekiranya musibah berlaku dengan tiba-tiba..

Untuk anda semua yang tidak atau masih kurang memahami tentang keusahawanan takaful, kami memberi anda jaminan bahawa kursus kami pasti boleh menolong anda mempelajari takaful dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Anda boleh mendapat lebih informasi mengenai bidang takaful di website kami
www.takafulakademi.com  atau melihat video akademi kami di youtube ( TKF Academy Network )


 









Tuesday, 1 July 2014

Under Employment

Tahukah anda apa itu under empolyment? Under employment adalah satu fenomena dimana seseorang graduan itu tidak mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan mereka atau melakukan kerja dengan gaji yang jauh-jauh lebih rendah darpada gaji yang mereka sepatutnya perolehi. Ramai masyarakat secara umum masih kurang memahami tentang keadaan ini walaupun keadaan ini semakin meruncing masa kini.

Memang difahamkan bahawa lebih daripada 95% graduan yang tamat pengajian dari kolej atau universiti adalah peminjam PTPTN kerana keluarga mereka memang tidak mampu untuk menanggung kos pengajian mereka. Ini juga bermaksud mereka akan tamat pengajian mereka dengan hutang pinjaman yang berpuluh-puluh ribu. Graduan-graduan ini akan keluar dengan harapan boleh mendapat kerja dengan gaji yang lebih tetapi malangnya harapan mereka sudah tidak lagi menjadi kenyataan.

Ramai graduan yang terpaksa menganggur atau melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kelulusan universiti dengan gaji RM1,000 sebulan. Saya ada beberapa pengalaman bertemu dengan graduan-graduan yang bekerja di petrol stesen, kerja sebagai pekerja biasa di super market, kerja di seven eleven, Mc Donald dan sebagainya. Selain daripada itu, tidak kurang yang bekerja menjual kad kredit, menjual pinjaman peribadi, menjual Amanah saham bumiputra dan ada juga yang bekerja sebagai pemandu lori walaupun mempunyai kelulusan diploma.

Cuba kita kaji secara teliti, kerja-kerja demikian sememangnya boleh dilakukan oleh seseorang lepasan SPM yang tidak memerlukan segulung sijil diploma atau degree. Mengikut kerajaan, tahap pengangguran di negara kita ialah kurang dari 4% dan ini bermaksud kebanyakan orang adalah mempunyai kerja. Tambahan pula ramai graduan selalu diingatkan supaya tidak memilih dan melakukan kerja yang sedia ada. Soalnya ialah ialah adakah itu satu keadaan yang sihat dan berpatutan sekiranya seseorang graduan itu melakukan kerja-kerja yang tidak setimpal langsung dengan kelayakan mereka?  Adakah under employment ini satu keadaan yang boleh diterima oleh masyarakat umum?

Sekiranya keadaan under employment dianggap satu keadaan yang normal, mengapa seseorang itu harus membuat pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran kerana mereka sebenarnya tidak memerlukan kelayakan universiti untuk melakukan kerja-kerja yang saya sebutkan tadi. Kebelakangan ini, isu-isu tidak mampu atau tidak membayar balik pinjaman di kalangan peminjam PTPTN semakin hangat. Adalah difahamkan bahawa seramai 425,000 peminjam tidak membayar balik pinjaman PTPTN dengan tunggakan sebanyak RM 3.5 Bilion. Ramai peminjam bila ditemu bual mengatakan bahawa mereka tidak mampu langsung untuk membayar balik pinjaman PTPTN kerana mereka samada tidak mempunyai kerja, tidak mempunyai kerja yang tetap atau melakukan kerja dengan gaji yang amat rendah sebanyak RM1,000 sebulan.


Keadaan under employment ini semakin meruncing tetapi ramai ibubapa masih tidak mempunyai kesedaran tentang perkara ini. Ramai ibubapa yang pernah saya tanya menyatakan bahawa mereka mengharapkan anak-anak mereka membayar balik pinjaman PTPTN kerana mereka percaya mereka boleh mendapat kerja yang baik dengan gaji yang tingggi selepas tamat pengajian. Golongan ibubapa dan golongan pelajar masih tidak menyedari bahawa mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan masa kini sudah menjadi satu perkara yang amat sukar.

Ramai graduan yang tidak mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN masa kini merasa amat risau kerana mereka akan disenarai hitamkan sekiranya mereka gagal untuk membayar balik pinjaman mereka. Keadaan ini banyak memberi tekanan kepada graduan-graduan kerana:
1) Mereka tidak ada kerja
2) Mereka tidak mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan mereka.
3) Mereka mempunyai hutang yang banyak 
4) Mereka mungkin desenarai hitamkan.

Sebagai seorang ibubapa, adakah ini keadaan yang mereka inginkan? Kepada graduan-graduan pula, adakah mereka masih percaya bahawa kelulusan universiti boleh menjamin hidup selesa?  Jika golongan ibubapa atau golongan pelajar masih tidak mempunyai kesedaran tentang keadaan ini, maka mereka akan menghadapi satu keadaan yang amat sukar.  Mampukan mereka selesaikan hutang mereka? Inilah soal yang paling utama.

Bagaimana untuk menandingi keadaan ini. TKF ACADEMY NETWORK adalah jawapannya. Akademi ini adalah satu akademi keusahawanan yang memberi kursus keusahawanan Takaful secara percuma, Cuba kita kaji perbezaan ini:


TKF ACADEMY NETWORK tawarkan kursus keusahawanan takaful secara percuma dan ramai yang telah menjadi JUTAWAN dalam bidang ini. 


Sebab-sebab utama anda harus mempertimbangkan akademi ini adalah kerana akademi kami mempunyai silibus keusahawanan yang unggul dalam Bahasa Malaysia.
Nasihat saya sebagai pengasas akademi ini ialah ambil peluang keemasan ini untuk memasuki kursus kami supaya menjadi usahawan takaful yang berjaya. Janganlah bergantung kepada makan gaji semata-mata kerana makan gaji sudah pasti tidak lagi menjamin hidup selesa masa kini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan TKF ACADEMY NETWORK, lihat dan layarilah segala rangkaian social kami .
















Monday, 7 April 2014

Tahukah anda potensi keusahawanan Takaful

Bidang pengurusan risiko atau lebih dikenali sebagai keusahawanan Takaful adalah satu bidang yang semakin meningkat di Malayasia tetapi malangnya ramai golongan orang Melayu masih kurang memahami tentang keusahawanan ini. Apakah sebab-sebab utama mengapa golongan orang Melayu masih kurang memahami tentang keusahawanan ini?

1) Kurang informasi dan maklumat mengenai keusahawanan Takaful
2) Kurang pengaruh untuk menceburi bidang keusahawanan
3) Tidak ada tunjuk ajar
4) Tidak ada visi untuk menjadi seorang Usahawan
5) Tidak ada kesedaran untuk berubah
6) Tidak berani untuk mengambil cabaran

Sebenarnya ada lagi banyak sebab mengapa penglibatan mereka masih amat rendah. Keusahawanan Takaful adalah saty bidang yang amat baik dan berpotensi atas sebab-sebab berikut:

1) Satu bidang yang boleh menjana jutaan Ringgit pendapatan
2) Tanpa modal
3) Tanpa risiko
4) Kursus keusahawanan percuma oleh TKF ACADEMY NETWORK
www.takafulakademi.com

Atas sebab-sebab tadi, saya menubuhkan TKF ACADEMY NETWORK iaitu satu akademi yang mempunyai objektif untuk melatih lebih ramai Konsultan dan Usahawan Takaful.


TKF ACADEMY NETWORK mempunyai silibus keusahawana Takaful dalam Bahasa Malaysia dan kursus yang diberikan adalah percuma. Silibus yang diberikan merangkumi 4 aspeks iaitu
1) Ilmu  2) Sikap  3) skil  4) Tabiat.

Selain daripada itu , akademi juga ada silibus yang mengajar berkenaan dengan keperluan lain seperti minda, mental, pengawalan emosi dan faktor-faktor lain yang diperlukan untuk menjalankan keusahawanan ini.
Dalam mengusahakan keusahawanan ini, akademi mempunyai satu model keusahawanan usaha sama dengan syarikat Takaful. Model ini adalah bertujuan unutk menjana pendapatan pasif kerana ia adalah faktor utama mencapai kebebasan kewangan dan kewangan. Keusahawanan adalh tertaluk dalam kategori B kerana
setiap konsultan akhirnya akan menjadi seorang Usahawan Takaful.


Pelajar-pelajar yang memasuki kursus keusahawanan ini mesti menghabiskan silibus yang mengambil tempoh lebih kurang 2 bulan kalau buat secara part time. Selepas silibus pertama, pelajar akan terus dengan silibus kedua. Di samping itu, pelajar yang buat secara parttime mesti juga masuk kelas latihan dan perbincangan satu sesi setiap minggu. Ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka terus belajar supaya ilmu dan skil boleh samapai ke satu takat yang paling maksima.

Satu aspek yang paling penting dalam kursus di Akademi kami ialah kursus kami melatih setiap pelajar menjadi seorang konsultan pengurusan risiko. Kami mengajar pelajar menggunakan teknik yang amat berbeza dengan agen Takaful biasa  dan teknik yang digunakan menerusi penilaian yang dinamakan :

1) Penilaian Aset dan Liabiliti
2) Penilaian Risiko Famili


Akademi kami juga menyediakan video akademi di YouTube dan salah satu video adalah seperti berikut.



Selain daripada itu, Akademi juga menyediakan kelas Taklimat untuk sesiapa yang ingin mengetahui keusahawana ini dengan lebih lanjut.


Kelas taklimat selama 3 jam ini akan membolehkan setiap yang hadir faham dengan jelas tentang berbagai aspek berkenaan dengan keusahawanan Takaful.
Keusahawanan Takaful adalah peluang menjadi Usahawan yang terbaik bagi golongan orang Melayu terutama golongan remaja dan Akademi kami memang berharap dapat menghasilkan lebih ramai lagi Usahawan Takaful. Kelayakan minima untuk memasuki kursus ini ialah sijil SPM. Untuk graduan yang belum atau baru tamat pengajian, buka minda untuk menceburi keusahawanan Takaful kerana ia memang satu bidang yang mempunyai masa depan cerah.