Memang difahamkan bahawa lebih daripada 95% graduan yang tamat pengajian dari kolej atau universiti adalah peminjam PTPTN kerana keluarga mereka memang tidak mampu untuk menanggung kos pengajian mereka. Ini juga bermaksud mereka akan tamat pengajian mereka dengan hutang pinjaman yang berpuluh-puluh ribu. Graduan-graduan ini akan keluar dengan harapan boleh mendapat kerja dengan gaji yang lebih tetapi malangnya harapan mereka sudah tidak lagi menjadi kenyataan.
Ramai graduan yang terpaksa menganggur atau melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kelulusan universiti dengan gaji RM1,000 sebulan. Saya ada beberapa pengalaman bertemu dengan graduan-graduan yang bekerja di petrol stesen, kerja sebagai pekerja biasa di super market, kerja di seven eleven, Mc Donald dan sebagainya. Selain daripada itu, tidak kurang yang bekerja menjual kad kredit, menjual pinjaman peribadi, menjual Amanah saham bumiputra dan ada juga yang bekerja sebagai pemandu lori walaupun mempunyai kelulusan diploma.
Sekiranya keadaan under employment dianggap satu keadaan yang normal, mengapa seseorang itu harus membuat pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran kerana mereka sebenarnya tidak memerlukan kelayakan universiti untuk melakukan kerja-kerja yang saya sebutkan tadi. Kebelakangan ini, isu-isu tidak mampu atau tidak membayar balik pinjaman di kalangan peminjam PTPTN semakin hangat. Adalah difahamkan bahawa seramai 425,000 peminjam tidak membayar balik pinjaman PTPTN dengan tunggakan sebanyak RM 3.5 Bilion. Ramai peminjam bila ditemu bual mengatakan bahawa mereka tidak mampu langsung untuk membayar balik pinjaman PTPTN kerana mereka samada tidak mempunyai kerja, tidak mempunyai kerja yang tetap atau melakukan kerja dengan gaji yang amat rendah sebanyak RM1,000 sebulan.
Keadaan under employment ini semakin meruncing tetapi ramai ibubapa masih tidak mempunyai kesedaran tentang perkara ini. Ramai ibubapa yang pernah saya tanya menyatakan bahawa mereka mengharapkan anak-anak mereka membayar balik pinjaman PTPTN kerana mereka percaya mereka boleh mendapat kerja yang baik dengan gaji yang tingggi selepas tamat pengajian. Golongan ibubapa dan golongan pelajar masih tidak menyedari bahawa mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan masa kini sudah menjadi satu perkara yang amat sukar.
Ramai graduan yang tidak mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN masa kini merasa amat risau kerana mereka akan disenarai hitamkan sekiranya mereka gagal untuk membayar balik pinjaman mereka. Keadaan ini banyak memberi tekanan kepada graduan-graduan kerana:
1) Mereka tidak ada kerja
2) Mereka tidak mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan mereka.
3) Mereka mempunyai hutang yang banyak
4) Mereka mungkin desenarai hitamkan.
Sebagai seorang ibubapa, adakah ini keadaan yang mereka inginkan? Kepada graduan-graduan pula, adakah mereka masih percaya bahawa kelulusan universiti boleh menjamin hidup selesa? Jika golongan ibubapa atau golongan pelajar masih tidak mempunyai kesedaran tentang keadaan ini, maka mereka akan menghadapi satu keadaan yang amat sukar. Mampukan mereka selesaikan hutang mereka? Inilah soal yang paling utama.
Bagaimana untuk menandingi keadaan ini. TKF ACADEMY NETWORK adalah jawapannya. Akademi ini adalah satu akademi keusahawanan yang memberi kursus keusahawanan Takaful secara percuma, Cuba kita kaji perbezaan ini:
TKF ACADEMY NETWORK tawarkan kursus keusahawanan takaful secara percuma dan ramai yang telah menjadi JUTAWAN dalam bidang ini.
Sebab-sebab utama anda harus mempertimbangkan akademi ini adalah kerana akademi kami mempunyai silibus keusahawanan yang unggul dalam Bahasa Malaysia.
Nasihat saya sebagai pengasas akademi ini ialah ambil peluang keemasan ini untuk memasuki kursus kami supaya menjadi usahawan takaful yang berjaya. Janganlah bergantung kepada makan gaji semata-mata kerana makan gaji sudah pasti tidak lagi menjamin hidup selesa masa kini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan TKF ACADEMY NETWORK, lihat dan layarilah segala rangkaian social kami .