Wednesday, 28 August 2013

Hidup selesa

Sebelum menceburi bisnes takaful, saya bekerja di sony selama 7 tahun. Tahun 1995, saya meninggalkan kerja saya di sony sebagai seorang Pembantu pengurus dengan gaji bulanan sebanyak RM5,000. Kenapa ?
Kerana saya ingin mengecapi kebebasan masa dan kewangan , saya ingin hidup selesa . Selepas 18 tahun, walaupun saya ini bukan kaya sangat, tapi saya tetap boleh hidup selesa.
Inilah rumah saya di Country heights Kajang. Saya percaya anda juga mempunyai impian untuk duduk rumah yang selesa bukan?

Saya bawa kereta nissan cefiro, walaupun kereta ini tak sehebat kereta kereta mewah yang lain. Tapi selesalah juga kereta ini kerana ia besar seperti kereta mewah yang lain. Takaful bisnes boleh menolong anda memiliki kereta impian anda. Kalau anda suka kereta mewah dan besar, takaful bisnes adalah peluang anda.

 Inilah golf club saya , staffield country resort di Beranang. Kerja kerja, relax pun penting bukan? Jikalau pendapatan kita ok, apa salahnya mempunyai club untuk famili. Saya pergi main golf, anak anak boleh pergi berenang .
Jika anda berazam untuk mengubah hidup anda tetapi tidak tahu apa nak buat, pertimbangkan bisnes takaful sebab ia satu bisnes yang tidak perlu apa apa modal, tak ada risiko dan boleh menjana jutaan ringgit.


                                                    Bukankah ini peluang terbaik anda ?








No comments:

Post a Comment