Monday, 16 September 2013

Kursus keusahawanan takaful

18 tahun menceburi bisnes takaful, saya memang nampak penglibatan yang paling minima di kalangan orang melayu dalam bidang ini. Saya selalu tertanya tanya apakah sebab yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Melalui topik saya : Apa boleh anda buat dengan kelulusan SPM dan Adakah kelulusan univerisiti menjamin kehidupan selesa ( www.takafulcalvin.blogspot.com) jelas menunjukkan bahawa makan gaji tidak akan mengubah nasib golongan yang berkelulusan SPM dan menjamin satu kehidupan yang selesa di kalangan orang yang berkelulusan UNIVERSITI.

Dari penglibatan saya selama ini, saya memang berpendapat bisnes takaful adalah satu bisnes yang amat bersesuaian untuk :

1) Golongan remaja yang berkelulusan SPM
2) Golongan makan gaji yang ingin menceburi bidang bisnes

Untuk makluman anda, 80% dari klien saya adalah orang melayu walaupun saya berbangsa cina. Ini jelas menunjukkan bahawa takaful / insuran memang sudah mendapat perhatian dan sambutan di kalangan orang melayu di Malaysia. Akan tetapi, bilangan konsultan melayu masih di tahap yang agak rendah. Untuk mendidik masyarakat orang melayu mengenai kepentingan pengurusan risiko melalui produk takaful, kita sememangnya memerlukan lebih ramai lagi konsutan takaful melayu. Oleh yang demikian, saya sedang merancang satu kursus terperinci mengenai keusahawanan takaful dan dalam proses menyediakan satu ebook yang mengandungi silibus keusahawanan dalam bahasa melayu.

Ebook ini bertujuan untuk melatih konsultan melayu yang berkewibaan tinggi dan saya berharap lebih ramai remaja melayu yang berkelulusan SPM atau golongan yang makan gaji boleh mengambil peluang keemasan  untuk menceburi bsines ini.


Sebahagian dari topik topik Silibus dalam kursus keusahawanan takaful adalah seperti berikut:

1Memahami apakah itu pengurusan risiko 
2Memahami jenis -jenis risiko
3Memahami peranan produk takaful dalam bidang pengurusan risiko 
4Memahami peranan konsultan takaful dan proses penilaian risiko
5Memahami penilaian aset dan liabiliti
6Memahami penilaian risiko famili
7Memahami satu produk takaful yang komprehensif dan manfaat-nya
8Memahami perbezaan antara kad perubatan dan penyakit kronik
9Memahami core -insuran
10Memahami cara menggunakan kad perubatan
11Memahami cara membuat tuntutan ( claim )
12Memahami cara mencari prospek
13Memahami sebab- sebab orang tak memasuki skim takaful
14Memahami cara bisnes takaful beroperasi
15Memahami konsep dan kepentingan penggantian pendapatan
16Memahami cara mengira tabung penggantian pendapatan
17Memahami cara mengira keperluan tabung penyakit kronik
18Memahami kesan kesan sesuatu risko 
19Memahami muflis dan kesannya terhadap terhadap kedudukan kewangan 
20Memahami cara-cara membuat iklan dan promosi
21Memahami skript membuat panggilan temu janji
22Memahami cara meminta referal
23Memahami cara-cara membuat rekod bisnes dan rekod aktiviti harian
24Memahami kepentingan kad perubatan kepada mereka yang ada skim insuran kelompok
25Memahami perbezaan antara MRTA dan skim takaful 
26Memahami kepentingan menabung tabung pendidkan dan cara penggiraan kos pendidikan
27Memahami kepentingan menabung tabung persaraan dan cara penggiraan tabung persaraan
28Memahami konsep bisnes insuran untuk usahawan


 





















No comments:

Post a Comment