Thursday, 31 October 2013

Visi syarikat

Ramai yang hendak berjaya dalam hidup, ingin melayar perjalanan hidup yang jauh. Soalnya berapa yang berjaya membuat demikian ? Ramai yang tidak ada arah tuju bagaikan sebuah kapal layar yang kehilangan kemudinya. Mereka tidak tahu apa yang perlu mereka buat untuk mencapai sesuatu kejayaan. Saya menceburi keusahawanan takaful / insuran selama 18 tahun dan saya nampak penglibatan yang amat rendah di kalangan golongan melayu dalam bidang ini.

Jikalau kita bincang berkenaan keusahawanan takaful, sudah jelas ia satu bidang yang patut dibuat oleh orang yang berugama islam. Tapi bilangan besar golongan orang melayu masih kurang mengetahui tentang keusahawanan takaful dan inilah sebab utama mengapa mereka masih kurang yakin untuk menceburi keusahawanan ini.

Untuk meningkatkan kefahaman remaja-remaja melayu mengenai keusahawanan ini, saya dan rakan sepejuangan saya telah menyediakan beberapa laman, blog dan facebook seperti berikut

www.takafulbisnes.blogspot.com
www.takafulcalvin.blogspot.com
www.takafulmazrizal.blogspot.com
www.takafulnetworking.com
facebook Takaful Calvin

Disamping itu, saya telah mewujudkan satu kursus keusahawanan takaful dalam Bahasa Malaysia. Kursus ini adalah yang terunggul berdasarkan 18 tahun pengalaman saya. Kursus saya ini mengandungi 3 silibus iaitu

1) ilmu dan skil
2) sikap dan tabiat
3) pengurusan

kursus keusahawanan takaful

Saya berharap dan yakin kursus ini boleh bertindak sebagai kemudi kapal untuk memberi arah tuju kepada remaja-remaja melayu untuk melayari bidang ini. Kursus ini melatih konsultan takaful yang profesional dan mahir dalam pengurusan risiko. Konsultan takaful kami tidak seperti agen takaful lain yang fokus menjual produk takaful. Kami memainkan peranan yang amat berbeza dan lain berbanding dengan agen takaful biasa. 

Visi syarikat saya ialah  melatih ramai konsultan takaful yang profesional untuk memberi perkhidmatan pengurusan risiko kepada orang awam di negara kita. Kami juga memberi peluang latihan praktikal untuk pelajar-pelajar tahun akhir yang berminat untuk menceburi bidang ini. Skop latihan kami termasuk

1) Kursus keusahawanan takaful
2) Latihan menggunakan sistem komputer keusahawanan takaful
3) Latihan di luar bersama sama konsultan lama. 

Latihan praktikal pelajar tahun akhir 

Dengan adanya kemudaha kemudahan ini, kami yakin visi untuk mengeluarkan lebih ramai konsultan takaful akan tercapai. Saya berharap lebih ramai remaja melayu tidak kira yang hanya berkelulusan SPM atau graduan boleh mengambil kesempatan ini untuk menjadi seorang usahawan takaful yang berjaya.



















Tuesday, 15 October 2013

Peranan konsultan takaful

Ramai yang masih kurang memahami secara mendalam tentang peranan seorang konsultan takaful. Masyarakat lebih terdedah  kepada kerja-kerja lain seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Masyarakat masih memandang seorang takaful agen sebagai seorang jurujual ( sales man ), adakah anda masih berpendapat demikian?

18 tahun dalam bidang keusahawanan takaful / insuran, saya ingin memberi penjelasan secara teliti tentang seorang konsultan takaful dalam 3 aspek

1) Aspek dari segi peranan mereka
2) Aspek dari segi pendapatan mereka
3) Aspek dari segi sumbangan kepada masyarakat

Apakah peranan seorang konsultan takaful ? Secara rinkas boleh diterangkan seperti berikut:
1)Menolong orang ramai mengetahui dan memahami tentang risiko dan kedudukan kewangan mereka. Ini membolehkan seseorang individu memahami samada risiko beliau berada di satu tahap yang rendah, sederhana atau tahap yang tinggi.

2)Menolong mereka yang mempunyai risiko tinggi mengagih keluar risiko ke pihak ketiga sama sekali ( syarikat takaful) atau mengurangkan risiko ke satu tahap yang paling minima.

Ini dilakukan dengan menggunakan penilaian aset dan liabiliti. Proses ini tidak melibatkan sebarang pemasaran dan perbincangan mengenai produk takaful . Inilah perbezaan yang paling besar diantara konsultan- konsultan kami berbanding dengan agen takaful lain yang menekankan kepada penjualan produk. 





Mengenai pendapatan seorang konsultan takaful, sebahagian konsultan saya mempunyai pendapatan diantara RM5,000- 10,000 sebulan selepas 3- 5 tahun menceburi bisnes ini. Ada yang mendapat pendapatan melebihi RM10,000 sebulan keatas dalam tempoh 5 tahun pertama. Ada juga yang mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan dalam tempoh 5-10 tahun. Bukankah ini satu pendapatan yang baik berbanding dengan sektor makan gaji yang tidak mungkin memberi pendapatan yang begini  sepanjang hayat. Lebih-lebih lagi, kami menggunakan konsep takafulnetworking yang menjana pendapatan pasif untuk mencapai kebebasan kewangan.





Dari aspek sumbangan seorang konsultan takaful , masyarakat masih belum mengenal pasti sumbangan mereka secara menyeluruh. Ramai yang masih memperagung- agungkan kerja sebagai seorang doktor peguam, jurutera, dan sebagainya. Cuba bayangkan jika bencana berlaku kepada seseorang, siapakah yang boleh memberi harapan kepada beliau atau keluarga beliau ? Seorang konsultan yang menjalankan peranan dengan baik boleh memastikan bahawa seseorang yang menimpa bencana atau keluarganya tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan . Bukankah ini satu bisnes yang amat besar maknanya?



Sumbangan paling besar seorang konsultan takaful ialah memberi harapan kepada keluarga mangsa sesuatu bencana untuk terus hidup. Tanpa konsultan takaful, banyak perkara perkara yang berikut akan berlaku.
Inilah keadaan yang amat menyedihkan.




Saya memang bangga dengan peranan saya sebagai seorang konsultan takaful dan saya berharap ramai remaja- remaja boleh menceburi keusahawanan takaful kerana kita sememangnya memerlukan lebih ramai konsultan takaful untuk menolong lebih ramai orang memahami pengurusan risiko dan membuat perancangan mengurangkan risiko mereka.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, saya sudah wujudkan silibus keusahawanan takaful dalam Bahasa malaysia yang terunggul untuk melatih lebih ramai konsultan takaful Melayu.Lebih-lebih lagi, kursus ini adalah diberi secara percuma . Misi syarikat saya ialah menolong lebih ramai orang mendapat sumbangan dan perkhidmatan kami. Terima kasih.






Friday, 11 October 2013

Konsep keusahawanan takaful

Dalam keusahawanan takaful , agen takaful kebiasaanya hanya diajar cara untuk menjual produk takaful. Fokus dan konsep pemasaran ini memang tidak menunjukkan imej yang profesional kerana agen takaful hanya dianggap sebagai jurujual biasa yang tidak ada beza dengan jurujual produk yang lain.

Disamping itu, cara pemasaran begini akan mendapat persaingan yang hebat dan ini selalu menyebabkan ramai agen takaful suka menperagung-agungkan produk masing masing. Bukan ini sahaja, mereka juga suka memburuk-burukan produk syarikat lain demi untuk mendapatkan hasil jualan. Ini adalah tingkah laku yang tidak patut dan tidak etika.

Disebabkan cara pemasaran yang begini, perbandingan manfaat produk takaful menjadi sengit kerana masing masing ingin menonjolkan kelebihan masing masing. 18 tahun menceburi bisnes ini, saya boleh memberi satu kepastian bahawa tiada produk takaful yang unggul 100% dari semua aspek yang ada kait dengan manfaatnya. Saya memang amat yakin bahawa sistem yang menekan kepada pemasaran produk  ini sudah tidak lagi sesuai dan tidak dapat menaikan imej sesorang agen takaful.

Di syarikat saya, saya wujudkan silibus keusahawanan takaful untuk melatih seseorang itu menjadi konsultan takaful. Konsep yang kami gunakan ialah pengurusan risiko melalui program takaful. Peranan utama seorang takaful konsultan ialah

1)Menolong orang ramai mengetahui dan memahami tentang risiko dan kedudukan kewangan. Ini membolehkan seseorang individu memahami samada risiko beliau berada di satu tahap yang rendah, sederhana atau tahap yang tinggi.

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan 2 cara penilaian yang amat berkesan. Penilaian itu ialah
a) Penilaian aset dan Liabiliti
b) Penilaian risiko Famili


2)Menolong mereka yang mempunyai risiko tinggi mengagih keluar risiko ke pihak ketiga sama sekali ( syarikat takaful) atau mengurangkan risiko ke satu tahap yang paling minima dan ini boleh dilaksanakan melalui program takaful yang dirancang secara rapi.

Keseluruhan proses  tidak langsung melibatkan produk takaful , fokus konsultan kami ialah membuat penilaian aset liabiliti atau  penilaian risiko famili. Sekiranya konsultan kami mendapati bahawa kedudukan kewangan prospek adalah positif dan tiada liabiliti di tahap yang bahaya, maka tiada apa -apa perlu dilakukan. Sebaliknya sekiranya terdapat risiko tertentu yang memerlukan perhatian prospek , konsultan hanya akan memberi cadangan atau nasihat jika diminta berbuat demikian.


Ini konsep pengurusan risiko yang kami ajar dan didik konsultan takaful dalam syarikat kami. Inilah pengkhususan yang kami buat dalam syarikat kami dan inilah yang menyebabkan konsultan kami berbeza dari agen takaful yang lain. Lebih -lebih lagi kami gunakan konsep takafulnetworking untuk menjana pendapatan pasif . Sekiranya anda ingin mengetahui lebih tentang cara perlaksanaan bisnes kami, anda dijemput menghadiri kelas taklimat kami setiap hari ahad di sg chua kajang atau boleh menghubungi saya
melalui

Email siack@ pd.jaring.my  hp 0192776182  wechat Takaful_Calvin