Thursday, 31 October 2013

Visi syarikat

Ramai yang hendak berjaya dalam hidup, ingin melayar perjalanan hidup yang jauh. Soalnya berapa yang berjaya membuat demikian ? Ramai yang tidak ada arah tuju bagaikan sebuah kapal layar yang kehilangan kemudinya. Mereka tidak tahu apa yang perlu mereka buat untuk mencapai sesuatu kejayaan. Saya menceburi keusahawanan takaful / insuran selama 18 tahun dan saya nampak penglibatan yang amat rendah di kalangan golongan melayu dalam bidang ini.

Jikalau kita bincang berkenaan keusahawanan takaful, sudah jelas ia satu bidang yang patut dibuat oleh orang yang berugama islam. Tapi bilangan besar golongan orang melayu masih kurang mengetahui tentang keusahawanan takaful dan inilah sebab utama mengapa mereka masih kurang yakin untuk menceburi keusahawanan ini.

Untuk meningkatkan kefahaman remaja-remaja melayu mengenai keusahawanan ini, saya dan rakan sepejuangan saya telah menyediakan beberapa laman, blog dan facebook seperti berikut

www.takafulbisnes.blogspot.com
www.takafulcalvin.blogspot.com
www.takafulmazrizal.blogspot.com
www.takafulnetworking.com
facebook Takaful Calvin

Disamping itu, saya telah mewujudkan satu kursus keusahawanan takaful dalam Bahasa Malaysia. Kursus ini adalah yang terunggul berdasarkan 18 tahun pengalaman saya. Kursus saya ini mengandungi 3 silibus iaitu

1) ilmu dan skil
2) sikap dan tabiat
3) pengurusan

kursus keusahawanan takaful

Saya berharap dan yakin kursus ini boleh bertindak sebagai kemudi kapal untuk memberi arah tuju kepada remaja-remaja melayu untuk melayari bidang ini. Kursus ini melatih konsultan takaful yang profesional dan mahir dalam pengurusan risiko. Konsultan takaful kami tidak seperti agen takaful lain yang fokus menjual produk takaful. Kami memainkan peranan yang amat berbeza dan lain berbanding dengan agen takaful biasa. 

Visi syarikat saya ialah  melatih ramai konsultan takaful yang profesional untuk memberi perkhidmatan pengurusan risiko kepada orang awam di negara kita. Kami juga memberi peluang latihan praktikal untuk pelajar-pelajar tahun akhir yang berminat untuk menceburi bidang ini. Skop latihan kami termasuk

1) Kursus keusahawanan takaful
2) Latihan menggunakan sistem komputer keusahawanan takaful
3) Latihan di luar bersama sama konsultan lama. 

Latihan praktikal pelajar tahun akhir 

Dengan adanya kemudaha kemudahan ini, kami yakin visi untuk mengeluarkan lebih ramai konsultan takaful akan tercapai. Saya berharap lebih ramai remaja melayu tidak kira yang hanya berkelulusan SPM atau graduan boleh mengambil kesempatan ini untuk menjadi seorang usahawan takaful yang berjaya.



















No comments:

Post a Comment