Ramai yang masih kurang memahami secara mendalam tentang peranan seorang konsultan takaful. Masyarakat lebih terdedah kepada kerja-kerja lain seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Masyarakat masih memandang seorang takaful agen sebagai seorang jurujual ( sales man ), adakah anda masih berpendapat demikian?
18 tahun dalam bidang keusahawanan takaful / insuran, saya ingin memberi penjelasan secara teliti tentang seorang konsultan takaful dalam 3 aspek
1) Aspek dari segi peranan mereka
2) Aspek dari segi pendapatan mereka
3) Aspek dari segi sumbangan kepada masyarakat
Apakah peranan seorang konsultan takaful ? Secara rinkas boleh diterangkan seperti berikut:
1)Menolong
orang ramai mengetahui dan memahami tentang risiko dan kedudukan
kewangan mereka. Ini membolehkan
seseorang individu memahami samada risiko beliau berada di satu
tahap yang rendah,
sederhana atau tahap yang tinggi.
2)Menolong
mereka yang mempunyai risiko tinggi mengagih keluar risiko ke pihak
ketiga sama sekali
( syarikat takaful) atau mengurangkan risiko ke satu tahap yang
paling minima.
Ini dilakukan dengan menggunakan penilaian aset dan liabiliti. Proses ini tidak melibatkan sebarang pemasaran dan perbincangan mengenai produk takaful . Inilah perbezaan yang paling besar diantara konsultan- konsultan kami berbanding dengan agen takaful lain yang menekankan kepada penjualan produk.
Mengenai pendapatan seorang konsultan takaful, sebahagian konsultan saya mempunyai pendapatan diantara RM5,000- 10,000 sebulan selepas 3- 5 tahun menceburi bisnes ini. Ada yang mendapat pendapatan melebihi RM10,000 sebulan keatas dalam tempoh 5 tahun pertama. Ada juga yang mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan dalam tempoh 5-10 tahun. Bukankah ini satu pendapatan yang baik berbanding dengan sektor makan gaji yang tidak mungkin memberi pendapatan yang begini sepanjang hayat. Lebih-lebih lagi, kami menggunakan konsep takafulnetworking yang menjana pendapatan pasif untuk mencapai kebebasan kewangan.
Dari aspek sumbangan seorang konsultan takaful , masyarakat masih belum mengenal pasti sumbangan mereka secara menyeluruh. Ramai yang masih memperagung- agungkan kerja sebagai seorang doktor peguam, jurutera, dan sebagainya. Cuba bayangkan jika bencana berlaku kepada seseorang, siapakah yang boleh memberi harapan kepada beliau atau keluarga beliau ? Seorang konsultan yang menjalankan peranan dengan baik boleh memastikan bahawa seseorang yang menimpa bencana atau keluarganya tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan . Bukankah ini satu bisnes yang amat besar maknanya?
Sumbangan paling besar seorang konsultan takaful ialah memberi harapan kepada keluarga mangsa sesuatu bencana untuk terus hidup. Tanpa konsultan takaful, banyak perkara perkara yang berikut akan berlaku.
Inilah keadaan yang amat menyedihkan.
Saya memang bangga dengan peranan saya sebagai seorang konsultan takaful dan saya berharap ramai remaja- remaja boleh menceburi keusahawanan takaful kerana kita sememangnya memerlukan lebih ramai konsultan takaful untuk menolong lebih ramai orang memahami pengurusan risiko dan membuat perancangan mengurangkan risiko mereka.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, saya sudah wujudkan silibus keusahawanan takaful dalam Bahasa malaysia yang terunggul untuk melatih lebih ramai konsultan takaful Melayu.Lebih-lebih lagi, kursus ini adalah diberi secara percuma . Misi syarikat saya ialah menolong lebih ramai orang mendapat sumbangan dan perkhidmatan kami. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment