Dalam keusahawanan takaful , agen takaful kebiasaanya hanya diajar cara untuk menjual produk takaful. Fokus dan konsep pemasaran ini memang tidak menunjukkan imej yang profesional kerana agen takaful hanya dianggap sebagai jurujual biasa yang tidak ada beza dengan jurujual produk yang lain.
Disamping itu, cara pemasaran begini akan mendapat persaingan yang hebat dan ini selalu menyebabkan ramai agen takaful suka menperagung-agungkan produk masing masing. Bukan ini sahaja, mereka juga suka memburuk-burukan produk syarikat lain demi untuk mendapatkan hasil jualan. Ini adalah tingkah laku yang tidak patut dan tidak etika.
Disebabkan cara pemasaran yang begini, perbandingan manfaat produk takaful menjadi sengit kerana masing masing ingin menonjolkan kelebihan masing masing. 18 tahun menceburi bisnes ini, saya boleh memberi satu kepastian bahawa tiada produk takaful yang unggul 100% dari semua aspek yang ada kait dengan manfaatnya. Saya memang amat yakin bahawa sistem yang menekan kepada pemasaran produk ini sudah tidak lagi sesuai dan tidak dapat menaikan imej sesorang agen takaful.
Di syarikat saya, saya wujudkan silibus keusahawanan takaful untuk melatih seseorang itu menjadi konsultan takaful. Konsep yang kami gunakan ialah pengurusan risiko melalui program takaful. Peranan utama seorang takaful konsultan ialah
1)Menolong
orang ramai mengetahui dan memahami tentang risiko dan kedudukan
kewangan. Ini membolehkan
seseorang individu memahami samada risiko beliau berada di satu
tahap yang rendah,
sederhana atau tahap yang tinggi.
Ini boleh dilakukan
dengan menggunakan 2 cara penilaian yang amat berkesan. Penilaian itu
ialah
a) Penilaian aset dan
Liabiliti
b) Penilaian risiko
Famili
2)Menolong
mereka yang mempunyai risiko tinggi mengagih keluar risiko ke pihak
ketiga sama sekali
( syarikat takaful) atau mengurangkan risiko ke satu tahap yang
paling minima dan ini boleh dilaksanakan melalui program takaful yang dirancang secara rapi.
Keseluruhan proses tidak langsung melibatkan produk takaful , fokus konsultan kami ialah membuat penilaian aset liabiliti atau penilaian risiko famili. Sekiranya konsultan kami mendapati bahawa kedudukan kewangan prospek adalah positif dan tiada liabiliti di tahap yang bahaya, maka tiada apa -apa perlu dilakukan. Sebaliknya sekiranya terdapat risiko tertentu yang memerlukan perhatian prospek , konsultan hanya akan memberi cadangan atau nasihat jika diminta berbuat demikian.
Ini konsep pengurusan risiko yang kami ajar dan didik konsultan takaful dalam syarikat kami. Inilah pengkhususan yang kami buat dalam syarikat kami dan inilah yang menyebabkan konsultan kami berbeza dari agen takaful yang lain. Lebih -lebih lagi kami gunakan konsep takafulnetworking untuk menjana pendapatan pasif . Sekiranya anda ingin mengetahui lebih tentang cara perlaksanaan bisnes kami, anda dijemput menghadiri kelas taklimat kami setiap hari ahad di sg chua kajang atau boleh menghubungi saya
melalui
Email siack@ pd.jaring.my hp 0192776182 wechat Takaful_Calvin
No comments:
Post a Comment